10 July 2010

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Satu instrumen penting dalam Pendidikan Khas

Memastikan murid mendapat manafaat yang diperlukan melalui Falsafah Pendidikan Negara yang fleksibel mengikut keupayaan murid, dibina dengan persetujuan ibu bapa dan guru

RPI

06 July 2010

BLOK BARU SKSS

2 blok bangunan yang dalam pembinaan ....dijangka dapat digunakan pada pertengahan 2011...termasuk kelas Pendidikan Khas.

LAWATAN KE LANGKAWI

Program tahunan kali ini membawa kami semua ke Pulau Langkawi. Pulau yang mempunyai warisan yang begitu unik dan penuh dengan cerita hikayat perwira, burung raksasa,dan puteri jelita Mahsuri.
Perjalanan kami selama 4 hari 3 malam, bermula 29 Jun hingga 3 Julai 2010. Kami lebarkan lagi pengalaman sehingga ke Padang Besar, Perlis, kawasan perniagaan bebas cukai dan laluan di Jambatan Pulau Pinang, mercu tanda kekebanggaan.
Suatu perjalanan yang jauh, unik dan penuh pengalaman buat kami semua.

MINI MINI KEM

Aktiviti kita kali ni ........ pasang khemah, buka khemah


Gaul tepung ....tambah pisang atau bilis .... buat cekodok, dgn kata lain jemput-jemput ....

MEMBELI BELAH SEBELUM LAWATAN KE LANGKAWI


Suasana membeli belah di Taman Anggerik Tenggara utk persiapan lawatan ke Langkawi

Hei mana satu nak beli nie ........
Baget kena jaga juga .....
Dapat kasut baru, stokin baru, seluar baru banyak lagi lah .....
Cuba jangan tak cuba ..... barang baru mesti cuba .....

LAWATAN KE KLUANG

Sekitar perjalanan berkeretapi dan membelibelah di Bandar Kluang

PERTANDINGAN BOWLING PEND. KHAS

Bertarikh 28 Jun 2010, 3 orang murid PIPK sekolah ini telah menyertai pertandingan Bowling Pend. Khas Peringkat Daerah Kulaijaya yang diadakan di Ole-ole Bowl, IOI Mall Kulaijaya.
Alhamdulillah, Adik Hanzalah Bin Jumaat telah menjuarai kejohanan tersebut bagi Divisen 2 (SK Rendah)